Event yang akan dipaparkan ni dah agak lama. Lebih kurang 4 bulan lepas. Tetapi oleh kerana ia mempunyai nilai berita dan sentimental value juga ;) maka pihak admin memilih untuk menyiarkannya kini.
Seperti kebiasaannya, setiap hujung bulan di MTK akan diadakan kenduri/jamuan bagi mengiringi para pelajar yang akan pulang bercuti. Selalunya pihak MTK akan meminta pandangan para pelajar tentang apa yang akan menjadi hidangan pada malam jamuan tersebut.
Setelah berlaku perbincangan dan perbahasan usul-usul yang hangat, lalu terjadilah dialog-dialog seperti berikut ini;
"Kita akan buat BBQ! Ok tak ustaz?"
"BBQ? Hmm... Ok je.." "Tapi, katne kita nak carik tempat nak bakar ayam tu?"
"Kat umah saya ada benda tu ustaz!"
"A'ah! Kat umah Najib ada ustaz!"
"Kalau camtu bereh la! La ni jugak kita pi ambik! Are you ready kids?!!"
"We're ready Captain!" Uuuuu......
Alamak! Dah termasuk dialog Spongebob Squarepants la pulak!
Baiklah! Kembali kepada topik utama kita. Maka Mudir pun teruslah membeli beberapa ekor (tak ingat jumlah yang tepat) ayam organik HPA. Pada sebelah malamnya semua pelajar mengambil bahagian masing-masing dalam memeriahkan jamuan tersebut. Ada yang memerap ayam, ada yang mengawal bara api, ada yang mengalih-alihkan ayam yang sedang dibakar, dan yang paling ramai adalah yang mengambil bahagian menunggu ayam siap dimasak. ;)
Cerita panjang lebar karang akan menyebabkan kecur air liur pulak. Jadi eloklah kita tatap saja gambar-gambar sekitar malam itu seperti di bawah ini. Sebelum terlupa, kredit dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Pakcik Abdul Halim dan famili yang sudi meminjamkan perkakas memasak BBQ pada malam itu. Apalah ada pada BBQ kami tanpa tempat pembakar itu. ;)
(sila klik pada gambar untuk lebih jelas)
Tuu diaaa!!!
Urrmm.. Sedapnya..
Macam-macam pesen dok ada depa ni..
Iklan ubat gigi ke iklan kayu siwak ni?
Pemenang baru rekod lelaki tertinggi di dunia
Aduss.. Berapa lama lagi mau tunggu ni... (Alif)
Sapa mau kepak ni? (Midi)
No comments:
Post a Comment