Wednesday, November 8, 2017

MADRASAH DILANDA BANJIR #2

Berikutan ujian banjir yang melanda MTK dalam minggu ini, para pelajar telah dipindahkan serta merta ke pusat pemindahan sementara mangsa banjir MTK, iaitu rumah tuan Mudir madrasah sendiri, iaitu Ustaz Zolkornain.

Alhamdulillah pengajaran dan pembelajaran tetap berjalan seperti biasa bertempat di rumah mudir. 

Kelmarin, pihak madrasah turut menerima kunjungan hormat oleh Lajnah Kebajikan PERMATA, iaitu Al-Fadhil Ustaz Alias bin Mahmud yang juga merupakan Mudir Maahad Tahfiz ABADA Parit Panjang, serta rombongannya.

Jutaan terima kasih daripada pihak MTK atas kunjungan tersebut.

Di bawah ini dipaparkan beberapa gambar berkaitan serta suasana banjir yang melanda Pekan Sungai Dua dan sekitarnya.









Tuesday, November 7, 2017

MADRASAH DILANDA BANJIR

Assalamualaikum.

Apa khabar para pengunjung semua?
Setelah bertahun-tahun tiada sebarang kemaskini dan entry terbaru, tiba-tiba tergerak di hati pada hari ini untuk berkongsi sesuatu dengan para pengunjung sekalian.

Tentu tuan puan semua sudah maklum tentang berita mengenai banjir terburuk yang melanda Pulau Pinang dalam sehari dua ini. Untuk makluman tuan puan, Madrasah Tahfiz Al-Kayyis (MTK) kesayangan tuan puan ini juga tidak terkecuali dari dilanda ujian tersebut.

Ini adalah pengalaman yang sungguh berharga, dan kami di pihak MTK mengharapkan doa tuan puan dalam mengharungi ujian ini dengan penuh sabar dan redha. Semoga Allah mengurniakan pahala dan kebaikan di sebalik apa yang berlaku. Sesungguhnya setelah kabus berlalu pasti akan cerah kembali. Itulah yang kita harapkan.