Tuesday, September 29, 2009

HARI KELUARGA KALI KE 2

Salaam.

Pihak admin memohon ribuan kemaafan kerana agak lama membiarkan laman ini bersawang tanpa sebarang update. Oleh kerana kita masih lagi di dalam mood syawal maka tidak terlewat rasanya admin mewakili bagi pihak Warga Madrasah Tahfiz Al-Kayyis mengucapkan "taqabbalallahu minna wa minkum. Selamat Hari Raya Aidilfitri" kepada semua pengunjung setia laman ini.

Apapun, pada entry kali ini tahfizalkayyis.blogspot akan membawa tuan-tuan dan puan-puan para sekalian sama-sama merasai kehangatan dan kemeriahan MAJLIS KHATAM AL QURAN & HARI KELUARGA MADRASAH TAHFIZ AL-KAYYIS ( MTK ) KALI KE 2 yang berlangsung di Dewan Besar Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang berdekatan madrasah.

Majlis ini diadakan pada Ahad baru-baru ini pada 8 Syawal 1430 H bersamaan 27 September 2009 bertemakan "Mengeratkan Ukhuwwah yang Terjalin". Alhamdulillah penganjuran majlis kali ini berjalan cukup lancar dan meriah dengan kehadiran para ibu bapa dan jemputan khas seawal jam 7.30 pagi walaupun majlis hanya dijadualkan bermula jam 8.30 pagi.

Selain acara khatam Al Quran untuk 2 orang pelajar yang berjaya mengkhatamkan hafalan mereka, banyak acara menarik telah dilangsungkan sehingga berakhir majlis pada lebih kurang pukul 4.30 petang itu. Antaranya seperti ceramah motivasi,tayangan audiovisual,sukaneka, cabutan bertuah dan lain-lain.Jamuan yang dihidangkan pada hari itu juga amat menyelerakan terutamanya Kurma Kambing MTK resipi rahsia hasil air tangan Mudir MTK Ust Zolkornain.

Kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh ibu bapa kepada pihak madrasah menjadikan segala penat lelah dan jerih perih pihak pengurusan khususnya Mudir dan isteri beliau bagi menjayakan majlis tersebut amat berbaloi.Keletihan bagaikan tidak lagi terasa kepada mereka berdua apabila melihatkan semua yang hadir riang gembira.

Di sini pihak admin mewakili semua warga MTK mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis kali ini,terutamanya para ibu bapa, para penaja ( Ana Edar Sdn Bhd, HPA, Sri Sg Dua, individu-individu dermawan ) dan lain-lain. Kita mengharapkan agar Allah SWT mengurniakan ganjaran yang lebih baik lagi kepada mereka semua di dunia dan di akhirat. Ameen.

Akhirnya, saksikan gambar-gambar di bawah bercerita lebih lanjut tentang majlis tersebut. (sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

Menikmati sarapan pagi bersama-sama



Ust Zol ( Mudir ) selaku Pengerusi Majlis

Timbalan Mudir & wakil ibubapa

Pelajar yang mengkhatamkan hafazan
( Hafiz & Nabil )


Ceramah motivasi oleh Ust Hj Omar ( Timb. Mudir )


Nasyid oleh pelajar istimewa ( Adeen )


Sebahagian kaum ibu yang hadir


Hadirin khusyuk mendengar amanat

Bersiap menunaikan solat Zohor berjemaah

Makan tengah hari

Uurrmmm, sedaaaaap!


Ke garisan...!


MULA!!!!!


Dah besar panjang pun makan bersuap lagi ;)


Eh! tercekik pisang ke tu?

Penyampaian hadiah kepada yang bertuah


Tea & kuih raya break


Cari apa tu dik?

Eh, nak bawak ke mana tu?