Friday, December 15, 2017

PENGHANTARAN PELAJAR KE PONPES TEMBORO

Assalamualaikum sidang pembaca budiman.

Beberapa hari lepas, Mudir MTK, Ustaz Zolkornain bin Tan telah pun berangkat bersama beberapa pelajar yang akan menyambung pengajian mereka pada peringkat seterusnya di Pondok Pesantren Al-Fatah, Temboro, Indonesia.

Di kesempatan itu juga, beliau turut mengambil peluang bertemu dan bertanya khabar para pelajar MTK yang telah beberapa tahun di sana.

Kita saksikan saja beberapa keping gambar yang dirakamkan di bawah ini.

















Tuesday, December 12, 2017

MTK DI I ICLLIE 2017

Assalamualaikum buat para pembaca semua.

Baru2 ini pihak MTK telah diundang untuk membentangkan kertas kerja pada sebuah konferens peringkat antarabangsa mengenai pengajian Islam sepanjang hayat atau ringkasnya ICLLIE 2017 yang berlangsung di USIM pada 4-6 Disember 2017. 

Persidangan ini dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Open University, USIM UIA dan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti. 

Mewakili pihak MTK, mudir madrasah iaitu Ustaz Zolkornain bin Tan telah hadir bagi menyampaikan pembentangan kertas kerja berkenaan yang bertajuk: "Pengajian Tahfiz Sebahagian Daripada Pendidikan Sepanjang Hayat Dalam Melahirkan Huffaz Berkemahiran: Kajian Kes Di Madrasah Tahfiz Al-Kayyis (MTK)".

Alhamdulillah, pembentangan telah berlangsung dengan jayanya dan dengan penyertaan ini juga membolehkan pihak MTK menyuarakan pandangan2 dan cadangan2 melalui kertas kerja tersebut yang diharapkan bermanfaat untuk menyemarakkan lagi pengajian Islam dan tahfiz khususnya dalam negara tercinta ini.

Tahniah diucapkan kepada Mudir MTK dan kesemua pihak yang terlibat dalam penyediaan kertas kerja dan kesemua mereka yang terlibat dalam persidangan tersebut.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai persidangan tersebut, para pembaca bolehlah klik pada web berikut ini: http://icllie.oum.edu.my/page/home/index.php

Berikut pula dipaparkan beberapa gambar untuk tatapan para pembaca sekalian.











Wednesday, November 8, 2017

MADRASAH DILANDA BANJIR #2

Berikutan ujian banjir yang melanda MTK dalam minggu ini, para pelajar telah dipindahkan serta merta ke pusat pemindahan sementara mangsa banjir MTK, iaitu rumah tuan Mudir madrasah sendiri, iaitu Ustaz Zolkornain.

Alhamdulillah pengajaran dan pembelajaran tetap berjalan seperti biasa bertempat di rumah mudir. 

Kelmarin, pihak madrasah turut menerima kunjungan hormat oleh Lajnah Kebajikan PERMATA, iaitu Al-Fadhil Ustaz Alias bin Mahmud yang juga merupakan Mudir Maahad Tahfiz ABADA Parit Panjang, serta rombongannya.

Jutaan terima kasih daripada pihak MTK atas kunjungan tersebut.

Di bawah ini dipaparkan beberapa gambar berkaitan serta suasana banjir yang melanda Pekan Sungai Dua dan sekitarnya.









Tuesday, November 7, 2017

MADRASAH DILANDA BANJIR

Assalamualaikum.

Apa khabar para pengunjung semua?
Setelah bertahun-tahun tiada sebarang kemaskini dan entry terbaru, tiba-tiba tergerak di hati pada hari ini untuk berkongsi sesuatu dengan para pengunjung sekalian.

Tentu tuan puan semua sudah maklum tentang berita mengenai banjir terburuk yang melanda Pulau Pinang dalam sehari dua ini. Untuk makluman tuan puan, Madrasah Tahfiz Al-Kayyis (MTK) kesayangan tuan puan ini juga tidak terkecuali dari dilanda ujian tersebut.

Ini adalah pengalaman yang sungguh berharga, dan kami di pihak MTK mengharapkan doa tuan puan dalam mengharungi ujian ini dengan penuh sabar dan redha. Semoga Allah mengurniakan pahala dan kebaikan di sebalik apa yang berlaku. Sesungguhnya setelah kabus berlalu pasti akan cerah kembali. Itulah yang kita harapkan.