Monday, May 17, 2010

MAKTABAH AL-KAYYIS

Salaam.



Bermula Jumaat lepas ( 14 May ) para pelajar MTK telah bekerjasama bertungkus lumus menyiapkan ruangan Maktabah Al-Kayyis. Bermula dengan aktiviti mengecat dan seterusnya sehingga selesai. Dengan dibantu oleh skuad khas; G Force, kerja-kerja berjalan lancar. Semuanya kelihatan bersemangat sekali walaupun kerja-kerja mengangkut rak dan buku dilakukan pada lewat malam Sabtu.



Berikut ini dipaparkan sebahagian gambar yang sempat di'snap'. (sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)



Perasmian aktiviti mengecat ;)

Sempat lagi tunjuk peace tu



"Apsal benda ni takleh pusing-pusing ni?" (Naufal)



Aduih! Lenguhnya tengkuk camni!



"Hangpa 2 orang, aku sorang, mana aci!" (Midi)
"Aci kat India laa!" (Aizat)

Mat dengan karpetnya

12 tengah malam ni, bukan tengah hari ye!

Mat sedang memberi ceramah tentang fadhilat-fadhilat memasang karpet

Keletihan nampaknya..

Ha, beginilah rupanya sebahagian maktabah


Eh! Jangan berebut!

Macam berlakon je.. ;)

Buku untuk dibaca la, bukan untuk dikira.. :)

"Buku apa tu Zabir?" (Midi)


Kepada sesiapa yang berminat untuk menderma sebarang buku atau majalah (lama atau baru ) bagi menambahkan lagi koleksi Maktabah Al-Kayyis amatlah dialu-alukan. Shukria.








No comments: