Monday, October 11, 2010

IKLAN: PENGAMBILAN PELAJAR SEMPENA PROGRAM CUTI SEKOLAH

Salaam.
Bersempena cuti persekolahan hujung tahun 2010, MTK akan meneruskan tradisi program cuti sekolah untuk para pelajar berumur ( 7 tahun ) sehingga ( 13 tahun ) yang telah dianjurkan semenjak tahun 2008 lagi.

Melalui program ini, para pelajar akan dibimbing untuk menghafal bermula dengan surah-surah di dalam juz 30 mengikut kemampuan masing-masing pelajar. Para peserta juga akan diperkemaskan pengetahuan dan pengamalan ibadah fardhu ain mereka. Sepanjang program tersebut, para peserta akan mengikut sepenuhnya rutin harian dan mingguan para pelajar sepenuh masa MTK.

Bagi tahun 2010 ini, program akan berjalan bermula pada 24 November 2010 sehingga 19 Disember 2010. Berikut adalah maklumat terperinci berkenaan program tersebut:

Tarikh pendaftaran : 24 November 2010
Waktu pendaftaran: 5.00 petang- 7.00 petang sahaja.
Tempat : Madrasah Tahfiz Al-Kayyis, Masjid Lama Merbau Kudong, Sg Dua, Butterworth.
Yuran : RM 200.00
Pengendali daftar: Ust Zolkornain Bin Tan ( Mudir )
Keperluan peserta:
  1. · Jubah putih 2 helai
  2. · Kopiah
  3. · T-shirt 3 helai
  4. · Seluar panjang 3 helai
  5. · Tuala
  6. · Selimut, cadar dan sarung bantal
  7. · Mushaf Al-Quran Rasm Uthmani (seeloknya bersaiz sederhana)
  8. · Keperluan mandi
*Barang-barang yang dibawa melebihi senarai di atas akan dikembalikan. Makanan ringan dan seumpamanya adalah tidak dibenarkan samasekali.

# Bilangan peserta terhad sebanyak 25 orang sahaja. Siapa cepat dia dapat!

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah diajukan kepada Mudir MTK, Ust Zolkornain bin Tan di nombor 012-566 1300.