Thursday, December 31, 2009

JOM CUTI-CUTI MALAYSIA!

Salaam.


Menutup tirai tahun 2009 yang penuh warna-warni ini, pihak pengurusan MTK telah membawa para pelajar untuk menghirup udara segar serta berinteraksi dengan alam ciptaan Allah. Atau dengan bahasa Utaranya; ber'camping'!

Pagi-pagi lagi, van yang sarat dengan para pelajar dan segala jenis kelengkapan dari beg, jala, joran dan pukat (sekadar menyebut beberapa nama) yang dipandu oleh En. Abdullah (bukan nama sebenar) membelah kedinginan pagi menuju ke kampung Guar Perahu, Seberang Perai. Secara spesifiknya, tempat yang dituju adalah rumah Pakcik Abdul Halim (memang nama sebenar) dan keluarga.

Oleh kerana En. Abdullah belum pernah sekalipun menjejakkan kaki ke rumah Pakcik Abd Halim, maka van terpaksa berhenti dan menanti di masjid Kg Guar Perahu selama lebih kurang 1/2 jam sebelum dijemput oleh Najib, anak kepada pakcik berkenaan. Sesampainya di rumah pakcik tersebut masing-masing pelajar merasa begitu ghairah dan teruja sekali melihatkan panorama yang sangat indah terpampang di hadapan mata, sehinggakan ada yang berlari-lari kejar mengejar di permatang sawah, bahkan ada yang begitu teruja ingin memancing terus mencampakkan mata kail ke dalam parit kecil di hadapan rumah. Pakcik Abdul Halim dan ahli keluarganya hanya tersenyum dan ketawa kecil melihatkan gelagat para pelajar tersebut.

Setelah trip kedua van yang mengambil para pelajar datang, semuanya berkumpul dan menjamu selera dengan teh O dan sedikit nasi pulut. Ustaz Zolkornain dan keluarga beliau turut tiba pada waktu ini. Usai menamatkan riwayat hidangan yang disediakan, bermulalah aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh para pelajar, iaitu memancing dan sewaktu dengannya. Masing-masing meniti permatang dan menyusuri ban dengan pancing dan jala di samping ada yang sekadar menjadi pemerhati. Ada juga yang mengambil kesempatan bermandi-manda di dalam terusan. Anak-anak Pakcik Abdul Halim iaitu Najib dan Hilman turut bersama. Banyak juga ikan yang menjadi mangsa jala dan kail para pelajar.

Tengahari itu kami semua dijamu dengan makan tengahari yang amat menyelerakan. Semuanya makan dengan berselera sekali ditemani hembusan angin timur yang tidak putus-putus. Setelah solat Zohor berjemaah, aktiviti menangkap ikan bersambung lagi. Sebahagian lagi mendirikan khemah di tempat yang telah dipilih. Berkumpul semula usai solat Asar berjemaah, kami dijamu lagi. Kali ini dengan hidangan keropok lekor yang sedap.

Memikirkan pelbagai kemungkinan, ditambah pula dengan khemah yang cuma 3 buah, rancangan awal ingin bermalam tidak dapat dilaksanakan buat kali ini. Mungkin pada kali yang lain akan menjadi kenyataan insyaAllah. Setelah berkemas dan berbual seketika kami bergerak meninggalkan rumah Pakcik Abdul Halim sekeluarga dengan sejuta kenangan indah yang tak terlupakan.

Kredit untuk Pakcik sekeluarga daripada seluruh warga MTK atas layanan 1st class!

Berikut adalah sebahagian gambar-gambar yang dapat di'upload' buat tatapan semua. (sila klik pada gambar untuk lebih jelas)

Panorama yang mengasyikkan

Eh, apsal tak nampak ikan pun ha? ( Latiff )
Ada ka orang tengok ikan macam tu.. (Syamil )



Apa la budak tu buat mengail dalam longkang pulak...?


Makan tengahari



Tadi ada ikan besaq sentap kail aku..! Rasanya kerapu! (Munir)
Eh! Kerapu bukan hidup kat laut ke? (Kimie)


Makan dengan khusyuk


Sedap ni! Takmau try ka? (ust Zol )


Agak-agak kubota ni bleh pecut 180 kmj tak ha..? ( Zabir )


Deretan joran yang telah berjaya menaikkan puyu dan haruan


Berselut seluruh badan takpa, janji best!



Ni sorang lagi! Dah jadi 'The Selutman' dah!



Ni pehal taktau la..



Turun Alip! Kalau tak turun saya tunggu sampai awak turun!



Nak buat camna ni Arrasy? ( Alif )
Tu laa, aku nak ajaq hang takmau! Hang kata hang tera! (Arrasy)



Menunggang 'Superbike' bertenaga kinetik 12 kuasa kuda



Haa! Ni la Pakcik Abdul Halim yang sempoi


Pakai baju merah tak takut kena kejar lembu ka tu?


Pandai ka lempar jala tu?



Ikan-ikan kat sini puasa agaknya hari ni.. (Abg Cik)



Keropok lekor dah sampai...! ( Midi )


Besaqnya ikan dapat..! Hehe (Hilman)
Ok la daripada tak dapat langsung! ;) (Humair)



Dangau di tepi sawah






Nak pi mana tu?



Ikan ni saya tangkap pakai tangan kosong je tau ustaz ( Najib )
Heh! Bleh caye ke.. ;)


Lagi 2 orang sapa nak naik? ( Najib )



Jahanam jugak motor pakcik tu dikerjakan budak-budak ni..






Sawah terbentang saujana mata memandang







Haii.. dah berjanggut tunggu ni, sekor pun tak makan umpan lagi... ( Abg Cik )
Tunggu la sampai berjambang pulak! Hehe (Pak Din )






Ha! Sana tu ada nampak menangkap tu! (Naufal)
Mana? Mana? (Hasan Aziz)





Ha, kantoi!

Mengemas kerusi meja sebelum pulang

Mesyuarat apa la agaknya tu?

Apsal menangis Zabir? (Hasan Aziz)
Sedih ar, tak sempat makan keropok lekor tadi.. (Zabir)
Laaa....

No comments: