Tuesday, April 28, 2009

MESYUARAT PERSATUAN IBU BAPA (PIB) MTK

Pada akhir bulan Mac yang lalu telah berlangsung mesyuarat Persatuan Ibu Bapa atau ringkasannya PIB madrasah. Bertempat di Dewan Belajar Madrasah mesyuarat telah berjalan dengan jayanya melalui penyertaan ibu bapa yang memberangsangkan. Antara agenda yang dibincangkan adalah berkenaan penyertaan MTK di dalam MAKSAR, Hari Keluarga MTK dan lain-lain. Berikut adalah gambar-gambar sekitar mesyuarat tersebut.

Kaum ibu bersama anak-anak kecil mereka



Kaum Bapa serius bermesyuarat




"Ok, kita tangguhkan majlis dengan Tasbih Kaffarah"

RENOVATION

Alhamdulillah, MTK semenjak 2 hari lepas sedang dicat semula. Seorang dermawan telah bermurah hati untuk membiayai keseluruhan kos mengecat bangunan MTK luar dan dalam. Pemilihan warna dibuat dengan turut meminta pandangan majoriti pelajar. Akhirnya warna yang terang telah dipersetujui untuk diabadikan pada dinding bangunan madrasah.

Semoga dengan wajah baru ini akan membangkitkan mood yang ceria kepada para pelajar seterusnya menambahkan semangat untuk terus cemerlang.

Akhirnya, semoga Allah memberikan balasan yang sebaiknya kepada dermawan yang berkenaan. Ameen.

Proses mengecat lapisan pertama

Lapisan pertama yang telah siap dicat

Pekerja sedang mengecat warna baru madrasah

Hampir siap










Sukan Tahunan Sekolah Agama Rakyat (MAKSAR)

Bergambar kenangan sebelum bertarung





Mudir MTK membimbing aksi Tai Chi untuk mengembalikan tenaga




April 2009 adalah bulan yang agak padat dengan aktiviti bagi para pelajar MTK. Sempena MAKSAR yang berlangsung pada bulan April yang lalu, MTK turut tidak ketinggalan membuat penyertaan sulungnya di dalam temasya Sukan sekolah-Sekolah Agama Rakyat Negeri Pulau Pinang ini.





MTK menghantar atlit-atlitnya bersaing di dalam acara badminton, bolasepak dan ping pong. Meskipun ini merupakan penyertaan yang pertama, para pelajar telah membuktikan kemampuan mereka yang boleh dibanggakan terutamanya dalam acara bolasepak apabila menjuarai kumpulan dan layak ke peringkat suku akhir. Sementara pasukan badminton dan ping pong pula hanya terpaksa berpuas hati dengan sekadar peringkat saringan walaupun terdapat satu regu yang layak ke peringkat kedua di dalam acara ping pong.

Salam dulu sebelum berentap




Gambar-gambar di bawah menceritakan dengan lebih lanjut tentang entry ini. ;)
Lagi gambar sekitar MAKSAR akan diupload kemudian insyaALLAH.

Para penyokong yang sedang keresahan

Wajah-wajah penat tapi ceria sebahagian para pemain

Monday, April 27, 2009

Badan Sihat Otak Cerdas

Beginilah rutin harian pelajar MTK setiap petang. Ping pong, takraw, badminton, futsal etc..
"al 'aqlus salim fil jismis salim'.


Aksi Jumping Smash




"Okey, Servis Kuda Nih!"




"Yea, menjunam di situ!"


"Yess! Masuuuuk!!!"

Majlis Muhadhoroh





Aksi Nasyid Pembukaan


















Para Ahli Panel Sedang Berforum
















Kumpulan Nasyid Budak-budak Besar

Pengerusi Bersama-sama Panelis Forum










Bergambar beramai-ramai setelah selesai majlis










Pada bulan Mac lepas, setelah ditangguhkan beberapa lama, MTK telah menghidupkan kembali majlis Muhadhoroh untuk mengasah bakat para pelajarnya. Majlis ini dijadualkan diadakan 2 bulan sekali. Antara acara yang dijalankan adalah bacaan Al Quran pembukaan, nasyid dan Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk "Gejala Sosial Di Kalangan Remaja Masa Kini". Majlis ini diuruskan dan dijayakan sepenuhnya oleh para pelajar sendiri dari awal hingga akhirnya. Gambar-gambar yang terpapar di atas adalah sekitar perjalanan majlis tersebut. Muhadhoroh seterusnya akan diadakan pada bulan Mei yang akan datang InsyaALLAH.

Sejarah MTK

Assaabiquunal Awwaluun
Bermula dengan 9 orang pelajar, MTK terus mengorak langkah tanpa menoleh ke belakang mendepani cabaran untuk melahirkan Huffaz yang serba boleh. Sehingga kini MTK selama lebih kurang 4 tahun penubuhannya telah meningkat bilangan pelajarnya kepada 28 orang. Berpindah randah di mana berawal di Masjid Kubang Semang, seterusnya ke Teluk Air Tawar lalu ke lokasi terkini di Masjid Lama Merbau Kudung, Sungai Dua, Pulau Pinang. Sokongan padu ibu bapa dan masyarakat yang tidak berbelah bahagi menjadi obor pembakar semangat untuk MTK terus berjuang bagi melahirkan generasi pewaris anbiya bersesuaian dengan motto MTK itu sendiri.
Semoga para pelajar akan terus tabah mendepani ujian untuk bergelar Al hafiz, ameen.
"sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Quran dan mengajarkannya"

salam perkenalan

Assalamualaikum.
Pada hari ini Madrasah Tahfiz al Kayyis menapak setapak lagi dengan berkongsi maklumat dan serba sedikit ilmu dan perjalanan madrasah dengan anda semua. Selamat datang diucapkan kepada anda yang sudi menjengah blog yang tidak seberapa ini. Oleh kerana kami masih hingusan di dalam arena blog memblog ini, maka sebarang teguran, saranan dan kritikan yang membina amatlah dialu-alukan.
sekian wassalaam.