Friday, June 26, 2009

AWAS!!!

Assalamualaikum.
Anda peminat bihun atau laksa? Mungkinkah laksa dan bihun sup yang anda nikmati tersebut tidak halal? Siapa tahu?
Ikuti pendedahan mengejutkan di http://syubhah.webs.com/ubatgigibihunlaksa.htm

Wednesday, June 24, 2009

SIJIL KULINARI DI MTK? ( UNVEILED )

Assalamualaikum..

Mungkin sebahagian besar pengunjung sekelian tertanya-tanya setelah menatapi entry sebelum ini. Nah! Entry kali ini akan mendedahkan apakah sebenarnya cerita dan berita di sebaliknya..
Pada 6 Jun yang lepas di MTK telah berlangsung satu acara yang sangat meriah iaitu acara "Mari Belajar Membuat Mee". Acara ini dipelopori dan di'handle' oleh Mudir MTK sendiri iaitu Ust Zolkornain Tan yang berpengalaman menjadi Chef tidak bertauliah selama berbelas tahun. Beliau pada hari tersebut tanpa segan silu mencurahkan segala pengalaman dan skill-skill memasak beliau kepada para pelajar. Selain motif utama program ini untuk membolehkan para pelajar mengetahui bagaimanakah cara menghasilkan mee, ia juga sebenarnya adalah bagi menanamkan kesedaran ke dalam hati para pelajar tentang kepentingan memakan makanan yang halal lagi baik dengan berusaha sedapat mungkin untuk menggunakan barangan yang disahkan halal dan buatan orang Islam sendiri. Selain itu program ini juga ingin memberi keinsafan kepada para pelajar untuk lebih menghargai nikmat sesuatu rezeki (makanan sebagai contoh) melalui penglibatan mereka sendiri membuat mee daripada awal prosesnya sehingga terhasil mee bandung yang dapat mereka nikmati pada hari itu, betapa ramainya tenaga yang terlibat, betapa banyaknya masa yang dihabiskan, betapa rumit dan beragamnya proses yang diperlukan dan pelbagai lagi hanya untuk menghasilkan sepinggan mee..
Sememangnya program hari itu berjalan dengan lancar dan sedikit sebanyak menepati motif seperti yang dijelaskan. Para pelajar juga kelihatannya sangat teruja dan gembira walaupun terpaksa mengikat perut sepanjang pagi sementara menantikan siapnya sarapan mereka.. Apapun mari kita biarkan gambar-gambar di bawah bercerita dengan lebih jelas tentang suasana hari tersebut. Saksikan! (sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)





"Hari ni kita semua akan sarapan lewat sikit"

Sesi ta'aruf bersama bahan mentah
Senyum ke menangis tu?



"Ha, kita perlukan bawang goreng 2 bungkus ya puan-puan!"


"Ayam ni kita kena pastikan disembelih ya puan-puan"

"Err, jangan lupa basuh jugak!"

"Susun elok-elok Mus! Allah suka kalau buat kerja teratur"

"Nak masak pun?"

"Mestilah!"

"Tugas saya basuh bawang je, potongnya orang lain"

"Orang lain tu saya la!"

"Hmm, kalau ada mesin potong bawang kan senang.."

"Macam ni caranya nak potong bawang bagi cepat"

"Mana punya style tu ustaz?"

"Adalaa.."

Bahan-bahan yang siap di'kerjakan'

Upacara pecah telur

"Haii, kalau macam ni sampai ke malam pun tak siap ni"

"Best ke main tepung tu Hafiz?" (Humair)

"Nak tau best ke tak mai join skali!"

"Biaq kat hangpa lambat sangat! Ha, tengok ni macamana skill saya buat"

"Sampai bila kita nak uli ni ustaz?" (Hafiz)

"Kalau dah tak lekat kat talam , maknanya ok dah la tu!"

"Nak buat mee ka nak buat karipap tu Nabil?" (Humair)

"Hmm, pukul berapa laa nak buleh sarapan ni..." (Hasan)

"Ha, camna kalau sarapan tiap-tiap hari kita buat camni?"

"Uii, tobat la ustaz, penat!"

"Kayyis tak kisah je kalau hari-hari camni pun!"

"Ustaz pun dah lupa nak set nombor berapa ni. Kita try test nombor 4 tengok"

"Mak saya kata pakai nombor 3 ustaz" (Kimi)

"tu nak buat muruku kot" (Ust Zol)

"Syy..! takleh hingar, nanti dia tak jadi"

"Haa, dah jadi pun mee kuning MTK"

"Mai ana nak try pulak" (Abg Chik)

"Awat slow semacam ja Abg Chik?" (Midi)

"Depa buat doh tebal sangat laa"

Rupa bentuk mee sebelum dicelur air panas

"Macam tak jadi ja" (Naufal)
"Air tak cukup panas tu" (Penyampuk)
Wajah mee selepas dicelur bersama sedikit minyak masak

Ni untuk kuah pulak

"Hmm, sedap nampaknya.." guulpp (Suhaib)



Kuah dah hampir masak




Mee Bandung MTK





"Allahumma baarik lana fi ma rozaqtana.."





Makan dengan khusyuk





"Sampai bertemu lagi di dalam rancangan memasak yang seterusnya, insyaAllah"

;)
















Sunday, June 14, 2009

SIJIL KULINARI DI MTK?


Apakah MTK telah menukar halatujunya dengan menawarkan kursus seni masakan (kulinari) kepada para pelajarnya berbanding tahfiz seperti sebelum ini? Ataukah ada stesen televisyen yang merakamkan rancangan memasak mereka untuk Ramadhan akan datang di MTK? Apapun, jika anda berminat mengetahui cerita selanjutnya, nantikan di entry yang akan datang..

Saturday, June 13, 2009

BAGAIMANA SAYA INGIN MENGHAFAL AL QURAN ( Siri terakhir )

APA YANG DILAKUKAN SETELAH MENGHAFAL AL QUR AN SELAMA SATU TAHUN?

Setelah menguasai hafalan dan mengulangnya dengan itqan (mantap) selama satu tahun, jadikanlah al qur an sebagai wirid harian anda hingga akhir hayat, karena itulah yang dilakukan oleh Nabi  semasa hidupnya, beliau membagi al qur an menjadi tujuh bagian dan setiap harinya beliau mengulang setiap bagian tersebut, sehingga beliau mengkhatamkan al-quran setiap 7 hari sekali.
Aus bin Huzaifah rahimahullah; aku bertanya kepada para sahabat Rasulullah bagiamana cara mereka membagi al qur an untuk dijadikan wirid harian? Mereka menjawab: "kami kelompokan menjadi 3 surat, 5 surat, 7 surat, 9 surat, 11 surat, dan wirid mufashal dari surat qaaf hingga khatam ( al Qur an)". (HR. Ahmad).
Jadi mereka membagi wiridnya sebagai berikut:

- Hari pertama: membaca surat "al fatihah" hingga akhir surat "an-nisa",
- Hari kedua: dari surat "al maidah" hingga akhir surat "at-taubah",
- Hari ketiga: dari surat "yunus" hingga akhir surat "an-nahl",
- Hari keempat: dari surat "al isra" hingga akhir surat "al furqan",
- Hari kelima: dari surat "asy syu'ara" hingga akhir surat "yaasin",
- Hari keenam: dari surat "ash-shafat" hingga akhir surat "al hujurat",
- Hari ketujuh: dari surat "qaaf" hingga akhir surat "an-naas".

Para ulama menyingkat wirid nabi dengan al-Qur an menjadi kata: " Fami bisyauqin ( فمي بشوق ) ", dari masing-masing huruf tersebut menjadi symbol dari surat yang dijadikan wirid Nabi pada setiap harinya maka:
- huruf "fa" symbol dari surat "al fatihah", sebagai awal wirid beliau hari pertama,
- huruf "mim" symbol dari surat "al maidah", sebagai awal wirid beliau hari kedua,
- huruf "ya" symbol dari surat "yunus", sebagai wirid beliau hari ketiga,
- huruf "ba" symbol dari surat "bani israil (nama lain dari surat al isra)", sebagai wirid beliau hari keempat,
- huruf "syin" symbol dari surat "asy syu'ara", sebagai awal wirid beliau hari kelima,
- huruf "wau" symbol dari surat "wa shafaat", sebagai awal wirid beliau hari keenam,
- huruf "qaaf" symbol dari surat "qaaf", sebagai awal wirid beliau hari ketujuh hingga akhir surat "an-nas".

Adapun pembagian hizib yang ada pada al-qur an sekarang ini tidak lain adalah buatan Hajjaj bin Yusuf.

BAGAIMANA CARA MEMBEDAKAN ANTARA BACAAN YANG MUTASYABIH (MIRIP) DALAM AL-QUR AN?

Cara terbaik untuk membedakan antara bacaan yang hampir sama (mutasyabih) adalah dengan cara membuka mushaf lalu bandingkan antara kedua ayat tersebut dan cermatilah perbedaan antara keduanya, kemudian buatlah tanda yang bisa untuk membedakan antara keduanya, dan ketika anda melakukan murajaah hafalan perhatikan perbedaan tersebut dan ulangilah secara terus menerus sehingga anda bisa mengingatnya dengan baik dan hafalan anda menjadi kuat (mutqin).

KAIDAH DAN KETENTUAN MENGHAFAL:

1- Anda harus menghafal melalui seorang guru atau syekh yang bisa membenarkan bacaan anda jika salah.
2- Hafalkanlah setiap hari sebanyak 2 halaman, 1 halaman setelah subuh dan 1 halaman setelah ashar atau maghrib, dengan cara ini insya Allah anda akan bisa menghafal al-qur an secara mutqin dalam kurun waktu satu tahun, akan tetapi jika anda memperbanyak kapasitas hafalan setiap harinya maka anda akan sulit untuk menjaga dan memantapkannya, sehingga hafalan anda akan menjadi lemah dan banyak yang dilupakan.
3- Hafalkanlah mulai dari surat an-nas hingga surat al baqarah (membalik urutan al Qur an), karena hal itu lebih mudah.
4- Dalam menghafal hendaknya menggunakan satu mushaf tertentu baik dalam cetakan maupun bentuknya, hal itu agar lebih mudah untuk menguatkan hafalan dan agar lebih mudah mengingat setiap ayatnya serta permulaan dan akhir setiap halamannya.
5- Setiap yang menghafalkan al-quran pada 2 tahun pertama biasanya akan mudah hilang apa yang telah ia hafalkan, masa ini disebut masa "tajmi'" (pengumpulan hafalan), maka jangan bersedih karena sulitnya mengulang atau banyak kelirunya dalam hafalan, ini merupakan masa cobaan bagi para penghafal al-qur an, dan ini adalah masa yang rentan dan bisa menjadi pintu syetan untuk menggoda dan berusaha untuk menghentikan dari menghafal, maka jangan pedulikan godaannya dan teruslah menghafal, karena meghafal al-quran merupakan harta yang sangat berharga dan tidak tidak diberikan kecuali kepada orag yang dikaruniai Allah swt, akhirnya kita memohon kepada-Nya agar termasuk menjadi hamba-hamba-Nya yang diberi taufiq untuk menghafal dan mengamalkan kitabNya dan mengikuti sunnah nabi-Nya dalam kehidupan yang fana ini. Amin ya rabbal 'alamin.

Saturday, June 6, 2009

PENGUMUMAN

Pihak admin akan mula meng’upload’kan video-video tasmi’ bacaan Al Quran dan lain-lain melalui satu lagi blog yang khusus yang boleh diakses di alamat www.tahfizalkayyis1.blogspot.com. Terima kasih.

Wednesday, June 3, 2009

BLOG UNDER CONSTRUCTION

Salaam. pihak admin memohon berbanyak kemaafan jika terdapat kekurangan kerana blog ini sedang dalam penyelenggaraan.
Diharapkan semuanya akan kembali seperti biasa sehari dua ini, insyaAllah.