Thursday, May 6, 2010

DOA PERPISAHAN...

Salaam.


Semalam telah dilangsungkan sebuah majlis perpisahan ringkas bagi meraikan seorang pelajar MTK yang akan menyambung pelajaran beliau ke Matrikulasi. Pelajar yang dimaksudkan adalah Ahmad Lutfi Bin Ahmad Tajodin yang telah pun berangkat pulang ke kampung halamannya di Kulai, Johor menaiki bas pada malam tadi.


Alhamdulillah, sepanjang kehadirannya yang singkat di MTK ini, iaitu selama lebih kurang 4 bulan sahaja, dengan berkat daya usaha dan kesungguhan yang telah ditunjukkan, beliau telah berjaya menghafal 5 juzuk Al Quran. Ucapan syabas ditujukan kepada beliau.


Pihak MTK mendoakan agar beliau berjaya di dalam mencapai cita-citanya menyambung pengajian di dalam jurusan kejuruteraan seperti yang pernah diungkapkannya sebelum ini disamping tidak lupa menjadikan Al Quran sebagai panduan di dalam kehidupannya.


Di bawah ini adalah sebahagian gambar yang diambil sekitar majlis tersebut. ( sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas )





Pengerusi majlis memulakan bicara







Khusyuk nampak!





Alunan ayat-ayat Al Quran oleh Syamil





Pesanan ringkas daripada Mudir






Ucapan wakil pelajar, Naufal





Ucapan perpisahan daripada Lutfi






Dendangan nasyid







Vokalis bernasyid penuh perasaan





"Iman adalah..mutiara...."





Jom RFC!





Time makan memang khusyuk habiss!




Rasa macam tak cukup je.. ( Abg Cik )





Sempat lagi baca ta'lim petang




Suasana majlis ta'lim




Peace! (Pak Din )

No comments: