Wednesday, May 19, 2010

NILAI KEUSAHAWANAN

Salaam.


Baru-baru ini telah berlangsung sebuah Ekspo Pendidikan selama 2 hari yang bertempat di Dewan Millenium Kepala Batas. MTK telah menyertai Ekspo tersebut dengan menyewa sebuah gerai untuk melatih para pelajar dengan nilai-nilai keusahawanan.


Sudah sepatutnya bagi para pelajar tahfiz dan agama dilatih berdikari daripada ke hulu ke hilir mengusung tabung derma menagih simpati masyarakat yang mana akhirnya membawa imej yang sangat menyedihkan bagi agama itu sendiri sepertimana yang dapat kita lihat berleluasa berlaku dewasa ini. Allahul musta'aan..


Berbalik kepada Ekspo tersebut, beberapa pelajar dengan pengawasan guru telah berjualan air, kek dan beberapa jenis makanan yang lain. Alhamdulillah, jualan sepanjang 2 hari tersebut bolehlah dikatakan memberangsangkan.


Sekurang-kurangnya penat lelah yang dialami akan lebih memberi pengajaran kepada mereka betapa susahnya para ibu bapa mereka bekerja menyara keluarga serta akan menjadikan mereka lebih menghargai pengorbanan itu.


Di bawah ini beberapa keping gambar yang sempat diambil pada malam terakhir Ekspo. (Sebelum itu jururgambar terlupa membawa kamera dek kerana sibuk ke hulu ke hilir membuat persiapan untuk berniaga ;) ) (Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas


Bang, Bang! Air satu bang!

Eh! Apsal air ni tak kurang-kurang pun aku tengok! ( Abg Cik )

Fenomena terkini di Utara! Hubungi 012-5661300 untuk pertanyaan dan tempahan! ;)

No comments: