Fasal: Di antara adab yang sangat perlu diambil berat adalah janganlah
ia sesekali menghina ilmu, iaitu dengan pergi ke tempat orang yang
ingin menuntut ilmu, sekalipun yang ingin belajar itu adalah khalifah
atau siapa jua. Bahkan hendaklah ia memelihara ilmu itu sepertimana
yang dilakukan oleh para salafussoleh ranhum, dan kisah-kisah mereka
tentang hal ini banyak sekali.
[
Yakni: Orang yang hendak belajar lah yang semestinya datang bertemu
orang yang berilmu, bukan sebaliknya seperti yang banyak berlaku pada
zaman kita ini –pent]
Fasal: Sebaiknya majlisnya adalah berkeadaan lapang untuk memungkinkan para penuntut ilmu untuk duduk.
Di dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda: ”Sebaik-baik majlis adalah yang paling lapang”.
Diriwayatkan
oleh Abu Dawud di dalam Sunannya pada permulaan kitab adab dengan isnad
yang sahih daripada riwayat Abi Said al Khudri ra.
Bersambung...-Abu Najla-
No comments:
Post a Comment