Fasal: Amatlah dianjurkan kepada para guru agar bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam mengajar para pelajarnya serta mengutamakan tugasnya itu berbanding kemahuan duniawinya yang melebihi keperluan.
Dia juga hendaknya mengosongkan hatinya daripada apa-apa saja yang menyibukkannya ketika ia mulai untuk mengajar.
Serta
bersungguh-sungguh agar muridnya faham apa yang diajarnya dan
memberikan setiap orang apa yang layak buat mereka. Iaitu janganlah ia
memberi banyak kepada yang tidak mampu menerima banyak, dan jangan pula
menahan dari seseorang yang mengharapkan tambahan.
Ia
juga harus menyuruh mereka mengulangkaji pelajaran mereka, memuji
sesiapa yang nyata kecerdasannya selagi tidak ditakuti terjadi ujub atau
yang seumpamanya.
Sesiapa
yang malas hendaknya dihukum dengan hukuman yang layak dan tidak
terlampau menyakitkan selagi tidak ditakuti ia akan terus meninggalkan
menuntut ilmu.
Jangan
sesekali merasa hasad dengan kemampuan ilmu yang tampak pada seseorang
anak muridnya (bimbang jika muridnya melebihi dirinya). Jangan mengira
banyak apa yang dikurniakan Allah kepada seseorang sehingga ia
meremehkan apa yang telah dianugerahkan Allah kepada dirinya sendiri.
Kerana
dengki dengan orang yang tiada pertalian dengannya saja sudah sangat
haram, apatah lagi dengan muridnya yang berkedudukan seumpama anaknya?
Sedangkan (jika murid itu berjaya) kebaikannya akan kembali kepada
gurunya juga, di akhirat nanti dengan pahala yang berlimpah sedangkan di
dunia ini dengan pujian dan sebutan yang indah-indah. Hanya Allah sahajalah Pemberi Taufik.
Fasal:
Jika murid itu ramai, maka hendaklah didahulukan yang lebih dahulu
datang. Jika yang datang awal merelakan untuk dikemudiankan maka
bolehlah didahulukan murid yang lain.
Hendaklah
ia menemui mereka dengan wajah yang ceria dan berseri-seri, mengambil
tahu keadaan mereka serta bertanyakan keadaan murid yang tidak hadir.
Fasal: Berkata para ulama’: “Janganlah enggan untuk mengajar murid disebabkan niatnya yang masih tidak lurus”.
Kerana sesungguhnya telah berkata Sufyan (Ats Tsauri) dan yang lainnya:
“Menuntut ilmu itu perlukan niat. Pernah dahulu kami menuntut ilmu bukan kerana Allah, namun ia (ilmu itu) enggan melainkan kerana Allah”.
Maksudnya: niat seorang penuntut ilmu itu akan beransur-ansur menjadi kerana Allah (disebabkan pertambahan ilmunya).
Fasal: Di antara adab guru
lagi yang perlu dijaga adalah:- Ia tidak membiarkan tangannya
bermain-main tanpa tujuan ketika sedang mengajar. Atau membiarkan
matanya memandang kepada sesuatu yang tidak perlu. Dan hendaklah ia
duduk di dalam keadaan bersuci, mengadap kiblat, tenang dan pakaiannya putih dan bersih.
Dan
apabila ia sampai di tempat mengajar, hendaklah ia solat dua rakaat
sebelum duduk, tidak kira di masjid atau bukan. Jika di masjid lebih
lagi dituntut kerana makruh duduk sebelum menunaikan solat dua rakaat (tahiyyatul masjid)
Kemudan ia boleh memilih untuk duduk bersila atau selainnya.
Abu
Bakar bin Abi Dawud As Sijistani meriwayatkan dengan sanadnya daripada
Abdullah bin Mas’ud bahawa ia mengajar manusia membaca Al Quran di
masjid dalam keadaan berteleku di atas dua lututnya (seperti duduk iftirasy di dalam solat).
Bersambung...
-Abu Najla-
No comments:
Post a Comment