Monday, December 26, 2011

PROGRAM CUTI SEKOLAH 2011

Assalamu'alaikum kepada semua pengunjung blog ini.

Saban tahun, MTK mengadakan Program Cuti Sekolah bagi pelajar-pelajar luar untuk datang dan mengikuti program belajar menghafal Al-Quran selama lebih kurang sebulan. Cuma pada tahun 2011 ini, pihak MTK tidak mengadakan sebarang iklan untuk program ini.


Walaupun demikian, ada juga ibu bapa yang berminat dan menghantar anak-anak mereka untuk mengikuti program ini. Alhamdulillah. Pada tahun ini seramai lapan orang pelajar berusia 10 dan 11 tahun telah mendaftarkan diri bagi merasai suasana kehidupan pelajar-pelajar MTK dan menghirup udara MTK sambil belajar menghafal Al-Quran mengikut kemampuan masing-masing.


Alhamdulillah, masing-masing pelajar menunjukkan kesungguhan dan dedikasi untuk menghafaz. Bahkan ada yang berjaya menghafaz keseluruhan Juzuk 30 di dalam jangka waktu hampir sebulan ini. Pihak MTK mengucapkan berbanyak-banyak syabas kepada kesemua 8 orang pelajar terbabit.

Jutaan terima kasih juga kepada seluruh ibu bapa yang terlibat, yang telah memberi kerjasama yang terbaik, serta para pelajar tetap MTK yang sudi membantu rakan-rakan baru mereka. Di samping itu juga, pihak MTK ingin memohon jutaan kemaafan di sebalik segala kekurangan dan kelemahan kami semasa menjalankan program yang bermakna ini.


Semoga ukhuwwah yang terjalin akan terus kukuh dan mudah-mudahan dapat kita bersua lagi di tahun hadapan. InsyaAllah.


Berikut sebahagian gambar yang sempat diambil semasa program.
Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. 


Nasyid adalah satu cabang daripada ...bla,bla,bla..


"Berkata benar, akhlak yang mulia..."

"Wahai ayah dan ibu, dengarlah rintihan anakmu..."

"Bagi Anas pulak jadi solo" -Muqri'

"Rehat sat! Kita nak berlatih sampai Subuh ni!" - Syam

Ni nak ambik gambar orang ka gambaq karpet?

Aksi angkat berat oleh orang kuat dan tough MTK


Letih bernasyid sampai tak larat bangun

"One, two, som!" style baru ka ni?

Mat memang kuat :)

Geng nasyid pelajar tetap MTK




No comments: