Friday, December 9, 2011

KHATAM HAFALAN 2011

Salaam.


Alhamdulillah, dengan keizinan dan pertolongan Allah, seorang lagi pelajar MTK bakal menamatkan hafalannya secara rasmi pada bulan ini.


Pelajar yang merupakan antara generasi terawal MTK ini akhirnya berjaya juga setelah berusaha dan bersabar menempuh dugaan-dugaan semasa melalui perjalanan bagi mencapai hasrat menghafal 30 juzuk Al Quran.


Sesungguhnya tidak ada kejayaan tanpa kesabaran, dan tidak akan mendapat ilmu sesiapa yang tidak mampu bersabar.


Itulah intipati yang telah dipesan oleh Nabi Khidir kepada Nabi Musa seawal Baginda menyatakan hasrat mengikut Nabi Khidir bagi mendapatkan ilmu yang telah diajarkan Allah kepada Nabi Khidir seperti dirakamkan kisahnya di dalam Surah Al-Kahfi. 

Maka adalah didoakan kepada semua yang bergelar penuntut ilmu, terutamanya para pelajar MTK untuk terus bersabar dalam menuntut ilmu.


Pihak MTK akan menganjurkan sedikit majlis bagi meraikan pelajar yang dimaksudkan iaitu Mohd Afif b. Jalil dan  Hasan b. Basri Amlan yang juga telah pun mengkhatamkan hafalannya pada tahun ini.

Pihak MTK juga tidak lupa untuk mendoakan kejayaan semua bekas pelajarnya yang telah mengkhatamkan hafalan mereka sebelum ini seperti Nabil b. Subki dan Mohd Hafiz b. Samiun serta bekas-bekas pelajar yang lain.


Semoga semuanya akan berjalan di bawah limpahan keberkatan dariNya. Ameen.



No comments: