Wednesday, July 21, 2010

MTK DAN FACEBOOK

Salaam.

Oleh kerana Facebook (FB) kini telah menjelma sebagai satu fenomena dan kegilaan umat sejagat yang sedikit sebanyak melalaikan kebanyakan umat Islam, menyebabkan terbazirnya masa-masa mereka yang berharga serta berterbangan pula not-not RM mengisi laci-laci kaunter TNB dan kantung-kantung tauke-tauke Cyber Cafe di samping menarik mereka untuk berjam-jam mengadap skrin komputer bagi membaca , mengkomen dan mengupdate status FB, maka pihak admin merasa ada kewajarannya juga untuk mempunyai sebuah page FBnya sendiri. Sekurang-kurangnya dengan menjadi kawan kepada FB MTK akan membawa mereka kepada sesuatu yang bermanfaat dengan capaian-capaian kepada link-link berfaedah di blog MTK di samping mengenali lebih lanjut MTK dan aktiviti-aktivitinya.

Pengwujudan FB MTK hanyalah sebagai platform meluaskan lagi kenalan MTK di dunia maya seterusnya menarik mereka ke arah memperbaiki diri mengikut Islam dengan segala keluasan dan kemudahannya. Teknologi adalah seumpama pisau yang tajam yang dapat digunakan untuk memotong sayuran atau sebaliknya untuk membunuh. Semuanya adalah terpulang kepada tangan yang memegangnya.

No comments: