Saturday, December 19, 2009

KEM TAHFIZ CUTI SEKOLAH 2009

Salaam.

Bertemu lagi kita di ruangan maya ini. untuk makluman semua pengunjung, pada setiap kali datangnya musim cuti sekolah hujung tahun, MTK akan mengadakan program tahfiz khas yang dibuka penyertaannya kepada para pelajar luar.
Wajah-wajah para peserta 2009
Suasana dalam kelas tahfiz pagi

Para peserta ini akan dibimbing untuk menghafal kitab suci Al Quran bermula juzuk 30. Dengan jangka waktu yang terbatas iaitu tidak sampai sebulan, ada di antara mereka yang berjaya lebih daripada setengah juzuk. Selain diperkenalkan dengan kaedah menghafal Al Quran, mereka juga



Suasana kelas tahfiz pagi
Khusyuk melancarkan hafalan


diberi penekanan tentang fardhu 'ain ibadah seperti solat terutamanya, serta turut berpeluang merasai suasana belajar di MTK yang tentunya berbeza daripada sekolah mereka.


"terkenang sebuah memori lalu....."


Mendengar penerangan tentang penganjuran muhadhoroh


Solat mesti dilakukan berjemaah setiap waktu, makan juga secara berjemaah di dalam dulang, perlu bangun awal pagi dan lain-lain antara rutin yang perlu disesuaikan oleh pelajar-pelajar ini sepanjang mengikuti program ini selain terpaksa berjauhan daripada ibu bapa. Alhamdulillah, semenjak program ini dijalankan, ada beberapa orang pelajar yang tidak pernah melepaskan peluang mengikutinya setiap tahun.


Riadhah selepas solat asar


Kebaikan seluruhnya adalah milik Allah, dan kita mengharapkan para pelajar yang mengikuti program ini akan meneruskan apa-apa kebaikan yang mereka perolehi di dalam program yang singkat ini apabila mereka telah pun kembali kepada keluarga masing-masing, bahkan kita mendoakan ia akan berterusan sehingga menjadi bekalan mereka sepanjang meredah denai-denai kehidupan. Ameen ya Robbal 'alamin...



Menghadiri kenduri kahwin di Telok Air Tawar

No comments: