Friday, May 22, 2009

WAKAF MEMAJUKAN MADRASAH

Baru-baru ini MTK telah menerima katil-katil baru yang telah ditempah bagi menggantikan katil-katil lama sebelum ini.Oleh kerana para pelajar di sini semuanya lasak-lasak belaka, katil-katil lama yang telah berjasa semenjak mula-mula MTK beroperasi memang tidak lagi dapat bertahan menampung kelasakan para pelajar ini. ;) Berikutan itu, pentadbiran MTK telah menempah katil-katil dengan rekabentuk khusus yang ibarat kata pepatah "direbus tidak empuk" dengan mendapat sponsor daripada Syarikat Ana Edar dan beberapa orang individu dermawan yang lain yang berminat untuk menyahut seruan "wakaf memajukan madrasah".



No comments: