Saturday, May 16, 2009

TERIMA KASIH HJ MALEK DAN ABG JAMIL..

Entry ini sepatutnya diposting semalam, tetapi akibat beberapa masalah teknikal terpaksalah ditunda sehingga ke detik ini.Mungkin ada di antara para pengunjung yang tertanya-tanya berkenaan tajuk entry kali ini. Sebenarnya Hj Malek adalah seorang dermawan yang telah sudi menaja sarapan pagi buat warga MTK setiap kali tibanya hari Jumaat manakala Abang Jamil pula adalah seorang penjual nasi lemak, nasi dagang dan nasi kerabu di Telok Air Tawar, Bagan Ajam yang telah sudi menyediakan sarapan pagi tersebut.

Baru tiba di gerai Abg Jamil. Bersedia memilih kuih muih

Ape pun, nasi lemak dan nasi dagang beliau memang favourite. JazakumuLLAHu khaira kami ucapkan kepada Abg Jamil sekeluarga atas kebaikan beliau. Semoga dimurahkan rezeki hendaknya, ameen.
p/s: sesiapa yang teringin merasa masakan beliau bolehlah mengunjungi gerainya yang beroperasi di rumah beliau di Taman Wira. ;)

"Boleh angkut semua ke ni Pak Cik?" (Humair)

"Eh, ada sesi bergambar pulak pagi ni?" (Abg Jamil)

No comments: