Tuesday, October 13, 2009

GEMPAR!! RADIX FRIED CHICKEN ( RFC ) DISERBU!!

Salaam.

Baru-baru ini RFC yang bertempat di Laguna Merbuk, Sungai Petani menjadi gempar apabila diserbu oleh para pelajar MTK. Jangan salah sangka; mereka bukannya datang untuk melakukan demonstrasi unjuk rasa berkaitan kenaikan harga ayam di pasaran atau krisis kekurangan gula yang berlaku di negeri-negeri di Utara. Tetapi apa yang berlaku adalah para pelajar tersebut ingin merayakan tamatnya puasa enam hari Syawal mereka dengan hidangan yang Fresh, Organic dan Halal.

Rombongan itu turut disertai Mudir dan keluarga beliau serta driver :) van madrasah. Sesampainya di sana, mereka tidak terus menjamu selera, sebaliknya terlebih dahulu menunaikan solat Zohor berjemaah di surau yang disediakan. Setelah itu barulah masing-masing bersiap sedia untuk mengisi perut yang kelaparan. Kemudiannya para pelajar peringkat rendah mengambil peluang bermain-main di playground yang disediakan seterusnya mengabadikan kenangan terindah dengan bergambar beramai-ramai sebelum bertolak pulang.

Alhamdulillah, hidangan yang menyelerakan dengan harga yang berpatutan serta layanan yang memuaskan memastikan setiap yang turut serta pada hari itu pulang dengan hati yang gembira. Diharapkan lebih ramai lagi para usahawan Muslim yang akan menapak di dalam aktiviti perniagaan yang setanding dengan syarikat-syarikat antarabangsa seperti yang dilakukan oleh pihak HPA dengan RFCnya yang setaraf dengan KFC dan Mc Donald's bahkan lebih baik lagi. "Hati yang baik itu ditempa dari makanan yang halal lagi baik".

Akhirnya, terima kasih diucapkan kepada pentadbiran MTK yang berusaha menganjurkan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat untuk para pelajarnya serta semua yang terlibat. Berikut ini disertakan sedikit gambar-gambar yang sempat diambil pada hari tersebut. (sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas )

Bersolat jamaah Zohor

Jom masuk!

Masing-masing mengambil tempat

"Ha, hidangan dah sampai dik!"

(Pelayan bertudung kemas)

Allahumma baarik lana fi ma razaqtana..

Masing-masing khusyuk nampaknya

Err.. no komen! ;)

Ada sapa-sapa nak tulang ni? Kita tukar dengan roti..

Tulang ni banyak khasiatnya! Dalam dia ada sumsum! Sapa nak?

Hissyy! Tulang ni untuk jin la..

Beraksi Parkour (Yamakasi)

Ha, ni pulak aksi menjahanamkan papan longsor

( Don't do this at home! )

Dah! Dah sume! Jom kita balik! ( Haffaf )

Nanti! Apa kata kita bergambar dulu?

Okey laa.. ( Alip )



Tembak apa tu?






































































































































1 comment:

admin blog MTK said...

Fuhh! Punye la lama nak uploadkan gambar2. Ape pun terima kasih kepada yang menziarah. jumpa lagi di entry yang akan datang.;)