Salaam..
Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua pengunjung blog ini. Setelah agak lama menyepi daripada menampilkan entry-entry terbaru, maka pada kali ini Alhamdulillah Allah telah mengurniakan kesempatan untuk itu.
Sehari sebelum hari pertama Ramadhan baru-baru ini, bertepatan dengan hari Jumaat yang mulia, warga MTK telah bergotong-royong memasak kurma kambing dengan bimbingan Chef de Partie, Ust Zolkornain. Kambing tersebut telah disedekahkan oleh seorang dermawan (semoga Allah menambahkan kebaikannya).
Apa-apa pun, mari kita biarkan gambar-gambar berikut bercerita dengan lebih lanjut.. (klik gambar untuk lebih jelas)
Sessi beramah mesra dengan kambing
Do Re Mi?
Memanaskan susu untuk membekalkan tenaga sebentar lagi
Argghh! Tadi bukan main mesra lagi, rupa-rupanya nak ikat aku! (Kambing)
"Apabila kamu menyembelih, maka perelokkanlah penyembelihan kamu"..
Siap posing lagi tuu...
Pergi tak kembali.....
Menyediakan ramuan kurma kambing
"Banyak betul bawang Ust Zol pakai.." (Hakim)
"Kulit ni nanti kita buat kompang Bleh Ust?" (Aziz)
"Buat jaket hang pun bleh!" (Ust Zol)
"Kulit ni sebenarnya bleh potong kecik2, pastu goreng macam keropok lekor, sedaap!" (Ust Zol)
Masa hidup taknak mandi, la ni kita mandikan dia betul-betul!
"Ni buat sup sedap ni.." (Nabil)
Ramuan siap ditumis
Daging yang telah siap dibasuh
Kurma kambing resepi rahsia Pakistan style
Chef sedang memperturunkan resepi rahsia kepada anak2 murid
Hmm...aroma yang menyelerakan...
Rasa sikit!
Kurang masin la.. Tambah garam lagi.
Ha, dah masak pun!
"Hati kuman sama dicicah, kurma kambing sama dibelasah"
Peace? Bukan.. maknanya ialah 2 periuk pun habis kalau macam ni punya sedap! ;)
No comments:
Post a Comment