Wednesday, June 24, 2009

SIJIL KULINARI DI MTK? ( UNVEILED )

Assalamualaikum..

Mungkin sebahagian besar pengunjung sekelian tertanya-tanya setelah menatapi entry sebelum ini. Nah! Entry kali ini akan mendedahkan apakah sebenarnya cerita dan berita di sebaliknya..
Pada 6 Jun yang lepas di MTK telah berlangsung satu acara yang sangat meriah iaitu acara "Mari Belajar Membuat Mee". Acara ini dipelopori dan di'handle' oleh Mudir MTK sendiri iaitu Ust Zolkornain Tan yang berpengalaman menjadi Chef tidak bertauliah selama berbelas tahun. Beliau pada hari tersebut tanpa segan silu mencurahkan segala pengalaman dan skill-skill memasak beliau kepada para pelajar. Selain motif utama program ini untuk membolehkan para pelajar mengetahui bagaimanakah cara menghasilkan mee, ia juga sebenarnya adalah bagi menanamkan kesedaran ke dalam hati para pelajar tentang kepentingan memakan makanan yang halal lagi baik dengan berusaha sedapat mungkin untuk menggunakan barangan yang disahkan halal dan buatan orang Islam sendiri. Selain itu program ini juga ingin memberi keinsafan kepada para pelajar untuk lebih menghargai nikmat sesuatu rezeki (makanan sebagai contoh) melalui penglibatan mereka sendiri membuat mee daripada awal prosesnya sehingga terhasil mee bandung yang dapat mereka nikmati pada hari itu, betapa ramainya tenaga yang terlibat, betapa banyaknya masa yang dihabiskan, betapa rumit dan beragamnya proses yang diperlukan dan pelbagai lagi hanya untuk menghasilkan sepinggan mee..
Sememangnya program hari itu berjalan dengan lancar dan sedikit sebanyak menepati motif seperti yang dijelaskan. Para pelajar juga kelihatannya sangat teruja dan gembira walaupun terpaksa mengikat perut sepanjang pagi sementara menantikan siapnya sarapan mereka.. Apapun mari kita biarkan gambar-gambar di bawah bercerita dengan lebih jelas tentang suasana hari tersebut. Saksikan! (sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)





"Hari ni kita semua akan sarapan lewat sikit"

Sesi ta'aruf bersama bahan mentah
Senyum ke menangis tu?



"Ha, kita perlukan bawang goreng 2 bungkus ya puan-puan!"


"Ayam ni kita kena pastikan disembelih ya puan-puan"

"Err, jangan lupa basuh jugak!"

"Susun elok-elok Mus! Allah suka kalau buat kerja teratur"

"Nak masak pun?"

"Mestilah!"

"Tugas saya basuh bawang je, potongnya orang lain"

"Orang lain tu saya la!"

"Hmm, kalau ada mesin potong bawang kan senang.."

"Macam ni caranya nak potong bawang bagi cepat"

"Mana punya style tu ustaz?"

"Adalaa.."

Bahan-bahan yang siap di'kerjakan'

Upacara pecah telur

"Haii, kalau macam ni sampai ke malam pun tak siap ni"

"Best ke main tepung tu Hafiz?" (Humair)

"Nak tau best ke tak mai join skali!"

"Biaq kat hangpa lambat sangat! Ha, tengok ni macamana skill saya buat"

"Sampai bila kita nak uli ni ustaz?" (Hafiz)

"Kalau dah tak lekat kat talam , maknanya ok dah la tu!"

"Nak buat mee ka nak buat karipap tu Nabil?" (Humair)

"Hmm, pukul berapa laa nak buleh sarapan ni..." (Hasan)

"Ha, camna kalau sarapan tiap-tiap hari kita buat camni?"

"Uii, tobat la ustaz, penat!"

"Kayyis tak kisah je kalau hari-hari camni pun!"

"Ustaz pun dah lupa nak set nombor berapa ni. Kita try test nombor 4 tengok"

"Mak saya kata pakai nombor 3 ustaz" (Kimi)

"tu nak buat muruku kot" (Ust Zol)

"Syy..! takleh hingar, nanti dia tak jadi"

"Haa, dah jadi pun mee kuning MTK"

"Mai ana nak try pulak" (Abg Chik)

"Awat slow semacam ja Abg Chik?" (Midi)

"Depa buat doh tebal sangat laa"

Rupa bentuk mee sebelum dicelur air panas

"Macam tak jadi ja" (Naufal)
"Air tak cukup panas tu" (Penyampuk)
Wajah mee selepas dicelur bersama sedikit minyak masak

Ni untuk kuah pulak

"Hmm, sedap nampaknya.." guulpp (Suhaib)



Kuah dah hampir masak




Mee Bandung MTK





"Allahumma baarik lana fi ma rozaqtana.."





Makan dengan khusyuk





"Sampai bertemu lagi di dalam rancangan memasak yang seterusnya, insyaAllah"

;)
















No comments: