Sunday, January 8, 2012

PELAJAR BARU 2012 - SELAMAT BELAJAR!

Assalamu'alaikum kepada semua pengunjung blog.


Alhamdulillah, pada tahun 2012 ini, MTK telah menerima kehadiran pelajar-pelajar baru yang ingin menjadi warga MTK, bersama-sama para pelajar sedia ada untuk menghafal Al-Quran dan memetik ilmu di sini.


Seramai 12 orang pelajar baru telah mendaftarkan diri bagi mengikuti sesi bermula 2012 ini. Pihak MTK mendoakan mereka agar dikurniakan kesabaran dan keteguhan hati dalam menjalani hari-hari yang penuh cabaran untuk meraih kemuliaan sebagai seorang penghafal Al-Quran.


Berikut gambar-gambar mereka yang sempat ditangkap lensa kamera:-






Wednesday, December 28, 2011

ULANG TAHUN MTK KE- 7

Assalamu'alaikum buat semua pengunjung blog.

Bertepatan 26 Disember 2011 yang beru berlalu, maka genaplah 7 (tujuh) tahun penubuhan Madrasah Tahfiz Al-Kayyis.

Pihak MTK mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah berjasa membangunkan dan menyumbang apa sahaja bentuk sumbangan berupa masa, tenaga, wang ringgit, doa dan sebagainya untuk MTK.

JazakumuLLahu khairan katsira.

p/s: Lihat video sekitar Hari Penutup Kem Tahfiz baru-baru ini di VIDEO MTK

Tuesday, December 27, 2011

HARI PENUTUP PROGRAM CUTI SEKOLAH 2011

Assalamu'alaikum buat semua pengunjung blog.

Pada hari Ahad Isnin, 26 Disember yang lalu telah diadakan satu majlis yang sederhana bagi menandakan berlabuhnya tirai Program Kem Hafazan Al-Quran Sempena Cuti Sekolah bagi tahun ini.


Majlis yang ringkas tersebut yang bertempat di Dewan Solat MTK telah berjalan dengan meriah sekali oleh gelagat-gelagat para pelajar program yang membacakan masing-masing seorang satu surah daripada Al-Quran yang berjaya dihafaz oleh mereka di dalam program ini, di samping persembahan nasyid dan ucapan wakil pelajar peserta program, Adik Fakhruddin.


Haffaf As-Solihi (5 tahun) anak kepada Mudir MTK, Ustaz Zolkornain juga turut memperdengarkan hafalan Al-Qurannya bagi memberi satu suntikan semangat kepada semua yang hadir.


Berikut sedikit daripada gambar-gambar yang sempat ditangkap oleh lensa kamera blog ini. InsyaAllah, gambar-gambar yang lain akan di"upload'kan ke dalam blog ALBUM MTK yang boleh diakses pada tab bertanda ALBUM di ruangan atas blog ini. Juga akan diusahakan untuk dimuat naik video yang sempat dirakam pada hari tersebut di blog VIDEO MADRASAH.


Buat masa ini, saksikan dahulu gambar-gambar di bawah. Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

Mudir sedang memberi taklimat perjalanan majlis

Ceria sungguh depa ni  :)

Sebelum majlis berlangsung

Majlis baru bermula

"Hangpa tak nasyid sungguh2 Ust tak bagi hangpa balik!" :)

Ucapan wakil peserta

Pelajar2 peserta program dan tenaga pengajar MTK