Wednesday, July 21, 2010

MTK DAN FACEBOOK

Salaam.

Oleh kerana Facebook (FB) kini telah menjelma sebagai satu fenomena dan kegilaan umat sejagat yang sedikit sebanyak melalaikan kebanyakan umat Islam, menyebabkan terbazirnya masa-masa mereka yang berharga serta berterbangan pula not-not RM mengisi laci-laci kaunter TNB dan kantung-kantung tauke-tauke Cyber Cafe di samping menarik mereka untuk berjam-jam mengadap skrin komputer bagi membaca , mengkomen dan mengupdate status FB, maka pihak admin merasa ada kewajarannya juga untuk mempunyai sebuah page FBnya sendiri. Sekurang-kurangnya dengan menjadi kawan kepada FB MTK akan membawa mereka kepada sesuatu yang bermanfaat dengan capaian-capaian kepada link-link berfaedah di blog MTK di samping mengenali lebih lanjut MTK dan aktiviti-aktivitinya.

Pengwujudan FB MTK hanyalah sebagai platform meluaskan lagi kenalan MTK di dunia maya seterusnya menarik mereka ke arah memperbaiki diri mengikut Islam dengan segala keluasan dan kemudahannya. Teknologi adalah seumpama pisau yang tajam yang dapat digunakan untuk memotong sayuran atau sebaliknya untuk membunuh. Semuanya adalah terpulang kepada tangan yang memegangnya.

Tuesday, July 20, 2010

LAWATAN KE 'MINI ZOO'

Salaam.

Setelah sekian lama tidak tampil dengan posting-posting terbaru, maka di kesempatan ini pihak admin kembali dengan menyiarkan entry yang ringkas berkenaan " Lawatan ke 'mini zoo' (sebenarnya kandang kambing, lembu, kerbau dan seangkatan dengannya)". ;-)


Para pelajar telah dijemput khas untuk kenduri yang diadakan oleh pemilik ladang ternakan tersebut. Jadi tanpa membiarkan kesempatan yang terbentang di depan mata berlalu begitu saja, para pelajar tanpa segan-silu menghulurkan salam perkenalan dan beramah mesra dengan spesis-spesis ternakan yang terdapat di ladang tersebut.


Tidak cukup sekadar itu, mereka juga mengambil kesempatan berpossing sakan bersama ternakan-ternakan yang sihat-sihat belaka itu. Jadi tanpa melengahkan masa berpanjang cerita, elok saja kita saksikan gelagat-gelagat mereka menerusi gambar-gambar di bawah: ;)
(sila klik pada gambar untuk paparan memenuhi skrin anda)





Apsal si Nabil tu?




Berdoa sebelum makan. Bagus!3




Maaf jika anda mengalami sakit urat tengkuk setelah melihat gambar ini ;)




Spesis terancam dan hampir pupus..




Mesra nampak! :)



"Hmm..cicak ka Gecko tu..." (Syamil)




Arnab pun ada!



Goreng sedap ni...



Jangan sampai tertanduk sudah..!




Peace ke tanduk?




Lagi aksi ramah mesra



"Nak tengok saya tumbuk lembu ni tak?" (Hafizi)