Thursday, December 31, 2009

JOM CUTI-CUTI MALAYSIA!

Salaam.


Menutup tirai tahun 2009 yang penuh warna-warni ini, pihak pengurusan MTK telah membawa para pelajar untuk menghirup udara segar serta berinteraksi dengan alam ciptaan Allah. Atau dengan bahasa Utaranya; ber'camping'!

Pagi-pagi lagi, van yang sarat dengan para pelajar dan segala jenis kelengkapan dari beg, jala, joran dan pukat (sekadar menyebut beberapa nama) yang dipandu oleh En. Abdullah (bukan nama sebenar) membelah kedinginan pagi menuju ke kampung Guar Perahu, Seberang Perai. Secara spesifiknya, tempat yang dituju adalah rumah Pakcik Abdul Halim (memang nama sebenar) dan keluarga.

Oleh kerana En. Abdullah belum pernah sekalipun menjejakkan kaki ke rumah Pakcik Abd Halim, maka van terpaksa berhenti dan menanti di masjid Kg Guar Perahu selama lebih kurang 1/2 jam sebelum dijemput oleh Najib, anak kepada pakcik berkenaan. Sesampainya di rumah pakcik tersebut masing-masing pelajar merasa begitu ghairah dan teruja sekali melihatkan panorama yang sangat indah terpampang di hadapan mata, sehinggakan ada yang berlari-lari kejar mengejar di permatang sawah, bahkan ada yang begitu teruja ingin memancing terus mencampakkan mata kail ke dalam parit kecil di hadapan rumah. Pakcik Abdul Halim dan ahli keluarganya hanya tersenyum dan ketawa kecil melihatkan gelagat para pelajar tersebut.

Setelah trip kedua van yang mengambil para pelajar datang, semuanya berkumpul dan menjamu selera dengan teh O dan sedikit nasi pulut. Ustaz Zolkornain dan keluarga beliau turut tiba pada waktu ini. Usai menamatkan riwayat hidangan yang disediakan, bermulalah aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh para pelajar, iaitu memancing dan sewaktu dengannya. Masing-masing meniti permatang dan menyusuri ban dengan pancing dan jala di samping ada yang sekadar menjadi pemerhati. Ada juga yang mengambil kesempatan bermandi-manda di dalam terusan. Anak-anak Pakcik Abdul Halim iaitu Najib dan Hilman turut bersama. Banyak juga ikan yang menjadi mangsa jala dan kail para pelajar.

Tengahari itu kami semua dijamu dengan makan tengahari yang amat menyelerakan. Semuanya makan dengan berselera sekali ditemani hembusan angin timur yang tidak putus-putus. Setelah solat Zohor berjemaah, aktiviti menangkap ikan bersambung lagi. Sebahagian lagi mendirikan khemah di tempat yang telah dipilih. Berkumpul semula usai solat Asar berjemaah, kami dijamu lagi. Kali ini dengan hidangan keropok lekor yang sedap.

Memikirkan pelbagai kemungkinan, ditambah pula dengan khemah yang cuma 3 buah, rancangan awal ingin bermalam tidak dapat dilaksanakan buat kali ini. Mungkin pada kali yang lain akan menjadi kenyataan insyaAllah. Setelah berkemas dan berbual seketika kami bergerak meninggalkan rumah Pakcik Abdul Halim sekeluarga dengan sejuta kenangan indah yang tak terlupakan.

Kredit untuk Pakcik sekeluarga daripada seluruh warga MTK atas layanan 1st class!

Berikut adalah sebahagian gambar-gambar yang dapat di'upload' buat tatapan semua. (sila klik pada gambar untuk lebih jelas)

Panorama yang mengasyikkan

Eh, apsal tak nampak ikan pun ha? ( Latiff )
Ada ka orang tengok ikan macam tu.. (Syamil )



Apa la budak tu buat mengail dalam longkang pulak...?


Makan tengahari



Tadi ada ikan besaq sentap kail aku..! Rasanya kerapu! (Munir)
Eh! Kerapu bukan hidup kat laut ke? (Kimie)


Makan dengan khusyuk


Sedap ni! Takmau try ka? (ust Zol )


Agak-agak kubota ni bleh pecut 180 kmj tak ha..? ( Zabir )


Deretan joran yang telah berjaya menaikkan puyu dan haruan


Berselut seluruh badan takpa, janji best!



Ni sorang lagi! Dah jadi 'The Selutman' dah!



Ni pehal taktau la..



Turun Alip! Kalau tak turun saya tunggu sampai awak turun!



Nak buat camna ni Arrasy? ( Alif )
Tu laa, aku nak ajaq hang takmau! Hang kata hang tera! (Arrasy)



Menunggang 'Superbike' bertenaga kinetik 12 kuasa kuda



Haa! Ni la Pakcik Abdul Halim yang sempoi


Pakai baju merah tak takut kena kejar lembu ka tu?


Pandai ka lempar jala tu?



Ikan-ikan kat sini puasa agaknya hari ni.. (Abg Cik)



Keropok lekor dah sampai...! ( Midi )


Besaqnya ikan dapat..! Hehe (Hilman)
Ok la daripada tak dapat langsung! ;) (Humair)



Dangau di tepi sawah






Nak pi mana tu?



Ikan ni saya tangkap pakai tangan kosong je tau ustaz ( Najib )
Heh! Bleh caye ke.. ;)


Lagi 2 orang sapa nak naik? ( Najib )



Jahanam jugak motor pakcik tu dikerjakan budak-budak ni..






Sawah terbentang saujana mata memandang







Haii.. dah berjanggut tunggu ni, sekor pun tak makan umpan lagi... ( Abg Cik )
Tunggu la sampai berjambang pulak! Hehe (Pak Din )






Ha! Sana tu ada nampak menangkap tu! (Naufal)
Mana? Mana? (Hasan Aziz)





Ha, kantoi!

Mengemas kerusi meja sebelum pulang

Mesyuarat apa la agaknya tu?

Apsal menangis Zabir? (Hasan Aziz)
Sedih ar, tak sempat makan keropok lekor tadi.. (Zabir)
Laaa....

Tuesday, December 22, 2009

MUHADHOROH DISEMBER 2009

Salaam.
Muhadhoroh kali ke 2 untuk tahun ini telah berlangsung secara sederhana namun berjaya pada hari Jumaat 18 Disember 2009 yang lalu.
Untuk muhadhoroh kali ini acara dimulai dengan bacaan ayat suci Al Quran, kemudiannya nasyid oleh para pelajar MTK yang bertajuk Ghuraba', seterusnya diiringi dengan azan dan khutbah serta disusuli pula oleh sessi bercerita kisah dari Al Quran lalu diakhiri dengan dendangan nasyid bertajuk Nostalgia oleh para pelajar baru dan sebuah nasyid penutup didendangkan secara bersama-sama oleh kumpulan pelajar lama dan baru.
Tidak ketinggalan sebuah nasyid dendangan khas oleh pelajar istimewa iaitu Muslihuddeen Rabbani turut memeriahkan acara. Berikut gambar-gambar sekitar sebelum dan selepas acara muhadhoroh berlangsung. ( sila klik pada gambar untuk paparan jelas ) .Video-video majlis yang akan dimuatnaik secara bersiri boleh disaksikan di sini.
Latihan nasyid oleh pelajar lama


Latihan nasyid oleh pelajar baru



Wajah-wajah riang selepas tamat acara














Aksi muka ganass..

Saturday, December 19, 2009

KEM TAHFIZ CUTI SEKOLAH 2009

Salaam.

Bertemu lagi kita di ruangan maya ini. untuk makluman semua pengunjung, pada setiap kali datangnya musim cuti sekolah hujung tahun, MTK akan mengadakan program tahfiz khas yang dibuka penyertaannya kepada para pelajar luar.
Wajah-wajah para peserta 2009
Suasana dalam kelas tahfiz pagi

Para peserta ini akan dibimbing untuk menghafal kitab suci Al Quran bermula juzuk 30. Dengan jangka waktu yang terbatas iaitu tidak sampai sebulan, ada di antara mereka yang berjaya lebih daripada setengah juzuk. Selain diperkenalkan dengan kaedah menghafal Al Quran, mereka juga



Suasana kelas tahfiz pagi
Khusyuk melancarkan hafalan


diberi penekanan tentang fardhu 'ain ibadah seperti solat terutamanya, serta turut berpeluang merasai suasana belajar di MTK yang tentunya berbeza daripada sekolah mereka.


"terkenang sebuah memori lalu....."


Mendengar penerangan tentang penganjuran muhadhoroh


Solat mesti dilakukan berjemaah setiap waktu, makan juga secara berjemaah di dalam dulang, perlu bangun awal pagi dan lain-lain antara rutin yang perlu disesuaikan oleh pelajar-pelajar ini sepanjang mengikuti program ini selain terpaksa berjauhan daripada ibu bapa. Alhamdulillah, semenjak program ini dijalankan, ada beberapa orang pelajar yang tidak pernah melepaskan peluang mengikutinya setiap tahun.


Riadhah selepas solat asar


Kebaikan seluruhnya adalah milik Allah, dan kita mengharapkan para pelajar yang mengikuti program ini akan meneruskan apa-apa kebaikan yang mereka perolehi di dalam program yang singkat ini apabila mereka telah pun kembali kepada keluarga masing-masing, bahkan kita mendoakan ia akan berterusan sehingga menjadi bekalan mereka sepanjang meredah denai-denai kehidupan. Ameen ya Robbal 'alamin...



Menghadiri kenduri kahwin di Telok Air Tawar

AIDILADHA 1430

Salaam.
Setelah agak lama menyepi tanpa sebarang entry terkini, maka pada kali ini pihak admin berbesar hati untuk menampilkan gambar-gambar sekitar Aidiladha yang lalu.
Seorang dermawan telah bermurah hati menyumbangkan 2 ekor kambing untuk dikorbankan. Penyembelihan telah dilasanakan dengan jayanya oleh Ustaz Zolkornain di kampung beliau iaitu di Tasek Chempedak. Turut turun tangan membantu ialah sebahagian pelajar-pelajar MTK sendiri. Kambing yang siap dikorbankan telah dimasak kurma resepi rahsia ustaz Zol. Apapun, mari kita saksikan gambar-gambar yang telah di'upload'. ( sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas )
Cubaan mematahkan tanduk kambing oleh Syamil

Bersabarlah wahai kambing ( Abg Chik )


Berpossing bersama kambing yang siap dikorbankan


Eh! Sorang je melapah Pak Teh?




"Kalau ada mesin basuh daging kan senang.. siap spin sekali.." ( Hassan Aziz )




Potong elok-elok, jangan terkorban jari pulak!





Antara tetamu yang hadir menjamah hidangan



Berselera sungguh nampaknya semua..