Monday, October 19, 2009

KENDURI LAGI

Salaam.
Setelah sekian lama menyepi, kini kami paparkan lagi sambungan gambar-gambar sekitar kenduri yang dihadiri oleh para pelajar MTK. Saksikan!
Ketibaan tanpa karpet merah


Bersama tuan rumah yang murah dengan senyuman



Menanti ketibaan 'orang masjid'



Jamuan teh di rumah Hj Malek


Singgah solat Zuhur di surau Taman Wira



Di rumah En. Amiruddin & Pn. Shima



Al-Kayyis Cookies di mana jua



Majlis bacaan Yaasin








LAGI LAGI KENDURI !

Salaam.
Nah! Kali ini kita saksikan lagi gambar-gambar sekitar kenduri dan open house bulan ini. Saksikan! ( sila klik pada gambar untuk paparan clear )

Membaca Al Quran sementara menunggu kedatangan jemputan


Lamanya! Berapa juzuk baca?
Amik sikit-sikit dah la Hasan! Banyak lagi makanan lain kat sana tu! (Munir)

Makan tapai je pakcik? (Firdaus)


Eh! Ni beratur kali ke berapa ni?
Takpa! Abang ni bukan kenai kita! Semua pakai jubah sama ja. Hehe













KENDURI ! KENDURI ! KENDURI !

Salaam.
Bertemu lagi pada entry kali ini. Sepanjang Syawal ini memang banyak kenduri dan rumah terbuka yang dihadiri oleh para pelajar MTK. Jadi pada entry kali ini apa kata jom kita tengok gambar-gambar sekitar majlis yang telah dihadiri. Lagi gambar akan diupload pada entry akan datang insyaAllah. ( sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas )
Disambut dengan karpet merah?

Haii... Bila la nak mula majlis makan-makan ni...


Ha! Mula jugak akhirnya..














Buih saja dah setengah gelas!



Tak nak balik lagi..!!!











Tuesday, October 13, 2009

GEMPAR!! RADIX FRIED CHICKEN ( RFC ) DISERBU!!

Salaam.

Baru-baru ini RFC yang bertempat di Laguna Merbuk, Sungai Petani menjadi gempar apabila diserbu oleh para pelajar MTK. Jangan salah sangka; mereka bukannya datang untuk melakukan demonstrasi unjuk rasa berkaitan kenaikan harga ayam di pasaran atau krisis kekurangan gula yang berlaku di negeri-negeri di Utara. Tetapi apa yang berlaku adalah para pelajar tersebut ingin merayakan tamatnya puasa enam hari Syawal mereka dengan hidangan yang Fresh, Organic dan Halal.

Rombongan itu turut disertai Mudir dan keluarga beliau serta driver :) van madrasah. Sesampainya di sana, mereka tidak terus menjamu selera, sebaliknya terlebih dahulu menunaikan solat Zohor berjemaah di surau yang disediakan. Setelah itu barulah masing-masing bersiap sedia untuk mengisi perut yang kelaparan. Kemudiannya para pelajar peringkat rendah mengambil peluang bermain-main di playground yang disediakan seterusnya mengabadikan kenangan terindah dengan bergambar beramai-ramai sebelum bertolak pulang.

Alhamdulillah, hidangan yang menyelerakan dengan harga yang berpatutan serta layanan yang memuaskan memastikan setiap yang turut serta pada hari itu pulang dengan hati yang gembira. Diharapkan lebih ramai lagi para usahawan Muslim yang akan menapak di dalam aktiviti perniagaan yang setanding dengan syarikat-syarikat antarabangsa seperti yang dilakukan oleh pihak HPA dengan RFCnya yang setaraf dengan KFC dan Mc Donald's bahkan lebih baik lagi. "Hati yang baik itu ditempa dari makanan yang halal lagi baik".

Akhirnya, terima kasih diucapkan kepada pentadbiran MTK yang berusaha menganjurkan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat untuk para pelajarnya serta semua yang terlibat. Berikut ini disertakan sedikit gambar-gambar yang sempat diambil pada hari tersebut. (sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas )

Bersolat jamaah Zohor

Jom masuk!

Masing-masing mengambil tempat

"Ha, hidangan dah sampai dik!"

(Pelayan bertudung kemas)

Allahumma baarik lana fi ma razaqtana..

Masing-masing khusyuk nampaknya

Err.. no komen! ;)

Ada sapa-sapa nak tulang ni? Kita tukar dengan roti..

Tulang ni banyak khasiatnya! Dalam dia ada sumsum! Sapa nak?

Hissyy! Tulang ni untuk jin la..

Beraksi Parkour (Yamakasi)

Ha, ni pulak aksi menjahanamkan papan longsor

( Don't do this at home! )

Dah! Dah sume! Jom kita balik! ( Haffaf )

Nanti! Apa kata kita bergambar dulu?

Okey laa.. ( Alip )



Tembak apa tu?






































































































































Friday, October 2, 2009

PERMAINAN TRADISIONAL

Salaam.

Entry kali ini pihak admin akan membawa ingatan anda kembali ke zaman kanak-kanak dahulu. Anda pernah dengar atau bermain permainan tuju(baling)kasut? Mungkin ada di antara kita yang masih terbayang-bayang keseronokannya.

Permainan tradisional ini mungkin akan pupus satu masa nanti akibat rempuhan teknologi IT yang menjadikan kanak-kanak era kini lebih suka memerap di hadapan komputer untuk bermain video game.

Tetapi jangan risau! Masih ada anak-anak zaman sekarang yang tidak melupakan permainan ini.Jadi apa kata entry kali ini kita saksikan clip bagaimana seronoknya para pelajar MTK sedang bermain tuju kasut. Saksikan! (sila klik pada butang play untuk menonton)